Thursday, December 23, 2010

Photobucket
recently i come a cross one very well said post from my chingu,xeera ^^
i already get permission from her to repost the post at my bloggie coz i want to share this pieces of interesting info with my blog reader ^^
so sorry coz it was wrote in Malay, i try my best to translate it as soon as possible ^^

BLOG AKU, IKUT SUKA SAYA LA

Kategori bloggers masa kini:

1: Bloggers Bajet

- Suka condemn pasal blog orang lain tapi blog sendiri macam hampeh. Suka suki bapak tiri laki mak dorang je nak kondem2 blog orang lain. Blog sendiri kot bagus takpe gak. Kejenya nak kondem kondem kondem kondom *oppss* jek! Suka hati dorang la nak tulis entry apa pun, korang apa kisah. Dorang nak terlentang ke, nak menyiarap ke lantak pi la kat
dorang.

2: Bloggers Penyemak

- Bloggers ni memang kadang2 kasi aku hangin jek. I follow u, u follow me. Dah follow tu kot kasi komen sekeping 2 keping takpe gak. Setakat lalu tak kasi salam kat shoutbox aku, baik tak payah follow. Just nak naikkan traffic n follower. Ceh, buang karan aku. I love silent reader sebab kadang2 aku pun camtu gak kecuali ada entry yang aku minat, aku tinggalkan komen ler.


3: Bloggers Suka Kopi Pasta

- Bloggers yang ni akal cetek. Apa yang ada kat blog orang lain, semua dia nak tiru. Entry, design template, banner, background music etc. Kalo boleh, biar semuanya sama. Agak2 la kalo nak copy paste pun. Kalo tak sengaja sama dengan blog orang tu takpe la jugak. Ini memang niat nak meniru blog orang lain. Tak patut.


4: Bloggers Suka Menyusahkan Orang Lain

- Blog bloggers camni giler berat. Aku nak try masuk pun lambat. Ntah apa kebenda yang dia letak kat blog tu agaknya. Delete jela application yang mengarut2 tu. Orang lain susah nak view ler. Baru je ingat nak tinggalkan jejak n follow beliau tapi disebabkan tak dapat masuk, aku blah dengan serta merta. Hoho.


5: Bloggers Tangkap Cintan

- Aku kadang2 kalo tengah tangkap cintan pun selalu camni tapi tak macam certain bloggers ni. Setiap sudut entry semua nak tulis pasal balak n marka masing2. Time tengah bunga2 cinta, entry mesti nak hepi. Time tengah frust, tangkap leleh la pulak
entry masing2. Ada la pulak tu puji melambung2 bf/gf dorang dalam entry. Macam
dia jela yang ada bf/gf. Kot suami/isteri yang nak dipuji takpe gak. Ni bf/gf yang belum tentu kekal.


6: Bloggers Entry Simple

- Bloggers ni kadang2 best, kadang2 sakit hati gak. Entry ciput bukan main. Ntah kejadah apa dia mengarut agaknya. 2 or 3 line jek utk 1 entry. Giler bosan! Tapi kadang2 best gak baca entry dorang sebab pendek, bukan macam karangan budak darjah 6 kat certain blogs. Entry pendek tapi ada isi memang aku salute tapi kalo setakat cite benda yang bukan2, aku terus tekan tanda ‘X’.


7: Bloggers Korean Maniac

- Aku taw korang obsess dengan Kpop. Aku pun obsess gak. No doubt. TAPI… Ha, ada tapi tu. Abis 1 blog korang tu korang tulis pasal Kpop. Ntah berapa banyak blog
update pasal Kpop daaa… Contoh terbaik, Allkpop yang banyak kontroversi tu. Dah
tu, banyak plak blog yang tulis entry sebijik2 macam kat blog yang korang kutip
tu. Tak guna kasi credit pun. Buat menyemak je banyak2 blog update benda yang
sama.


Korang rasa korang blogger spesis apa? Blogger ye, bukan burger... >.<



Sources from my chingu, Xeera ^^

0 XOXO:

My KPOP Obsession Fever

TVXQ/DBSK/東方神起/동방신기/TOHOSHINKI
Photobucket

Wonder Girls/원더걸스/奇迹女孩/ワンダーガールズ
Photobucket

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 Edited by Maskuto

Back to TOP